Nampaknya
kumpulan penyangga itu
Telah bertambah bilangan makmumnya
Membuta tuli mengangguk kepala
Biar kepalanya terjun ke lubang
najis
Dituruti…
Ibarat lalang
Meliuk ke barat
Tika derunya kuat ke sana
Meliuk ke timur
Bila kuat derunya
Ke timur…
Wakaf Bharu, Kelantan
10 Disember 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan