![]() |
COCONUT SHAKE, BATU BERENDAM |
Lokasi jalan-jalan cari makan pertama kami ialah Coconut Shake Batu Berendam. Kedainya bersebelahan kedai Yong Tau Fu Batu Berendam. Kedai ni nampak agak ramai pengunjung. Tetapi, masih boleh cari tempat untuk duduk. Untuk menu di sini, selain Coconut Shake, boleh order minuman lain, seperti teh tarik, teh o ais dan sebagainya. Untuk makan, ada mee rebus singapore, rojak, nasi lemak dan ada nampak kuih muih untuk minum petang.
Saya order Coconut Shake Special. Apa beza special dengan yang tak special? Yang special letak ais krim, tak special takdelah aiskrim. (",) Kemudian pi beli rojak....harga di sini okla...air kalau dah habis boleh tambah.
Lokasi seterusnya, Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil, di Limbongan. Tak jauh dari Batu Berendam dan lokasi kedainya terletak bersebelahan Masjid Al-Ehsan, Kg Limbungan, Jalan Klebang.
![]() |
KUIH KERIA ANTARABANGSA HJ JALIL |
Sampai saja kat sini, terperanjat tengok barisan dia. Nak rasa kuih keria saja, kena beratur sejam...hahaha... Kat sini selain kuih keria ada macam-macam kuih & ada Laksa Penang Limbongan. Pengunjung samada boleh makan di sini atau bungkus. Satu nasihat, kalau nak order banyak-banyak macam lebih dari 40 biji kuih keria, baik telefon dahulu untuk tempahan.
![]() |
MEDAN IKAN BAKAR SG DUYONG, MELAKA |
Malamnya, kami makan di Medan Ikan Bakar Sg Duyong. Google je lokasi, insya Allah ada.... makanan yang ada? Seafood of course! Berbaloi-baloi, insya Allah...Harga kami makan untuk 5 orang malam tu dalam RM237. Kami order Jenahak bakar, Siakap 3 rasa, Pepahat masak cili padi (1 kilo), udang goreng butter, sotong goreng tepung, air fresh orange dan air tebu, tambah secawan teh o dan teh panas.
Habis untuk trip hari pertama, jalan-jalan cari makan. Esok, ada lagi destinasi lain
![]() |
ROTI KAYU ARANG, BACHANG MELAKA |
Bila dapat tempat duduk, kami hanya pesan roti kosong dan air minuman masing-masing. Untuk makluman, selain roti canai yang pelbagai, pengunjung boleh makan nasi lemak, otak-otak dan ada franchais ayam goreng. Boleh tengok senarai makanan kat gambar atas. Kena banyak bersabar lepas order. Tapi, insya Allah rasa roti canainya memang tak mengecewakan. (",)
![]() |
ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG |
Semasa sampai, terpaksa berebut tempat lagi dengan pengunjung lain. Bila dah dapat, kami pesan Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Parang, ikan keli goreng, daging salai masak lemak dan ulam-ulaman. Nak pekena asam pedas ikan merah dan asam pedas kepala ikan, dah tak dapat. Rasa memang masih tak mengecewakan. Terbaik!... udang galah pun ada, tapi kali ini tak ambil sebab harga. :) Sebelum balik, sempat bungkus lauk asam pedas untuk di bawa balik ke Puchong.
yeeaahh epul dah rajin update hihi
BalasPadam